FIT SAWIT FUN RUN WILAYAH RAJA ALIAS 2019

RM56.00RM81.00

TARIKH : 6 Oktober 2019 (Ahad)
MASA       : 7.00 Pagi
TEMPAT : Feldajaya Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan.

Clear
Browse Wishlist
SKU: N/A.

SYARAT  & PERATURAN

1. Penyertaan

• penyertaan ini terbuka kepada semua yang berumur 12 tahun ke atas.
• Peserta dewasa dibenar membawa anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah. Tiada bayaran dikenakan
ke atas anak tersebut. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut tiada hak keistimewaan sebagai peserta.

 

2. Pendaftaran dan bayaran

• Peserta perlu mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara atas talian dan membayar yuran
Pendaftaran yang telah ditetapkan kepada peserta.
• Bayaran hanya boleh dibuat secara ONLINE sebelum tarikh tutup.
• Pembayaran semasa hari program berlangsung tidak diterima.
•Penambahan harga pada saiz berikut 3XL,4XL,5XL,6XL,7XL,8XL.

 

3. Pakaian
• Para peserta perlu memakai baju fun run yang telah disediakan oleh pihak penganjur untuk
memulakan larian.

• Slip bayaran asal perlu diberikan kepada petugas ketika proses pengambilan kit fun run sebagai bukti
pembayaran

 

4. Keselamatan

• Langkah -langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur,
sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah
tanggungjawab peserta sendiri.

• Peserta digalakkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal
perubatan sebelum menyertai larian.

 

5. Kesihatan

• Mana-mana peserta berdaftar dan didapati mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan
dikecualikan daripada larian.
•Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang mungkin berlaku
atas sebab kegagalan peserta mengisytiharkan tahap keadaan kesihatan.
•Pasukan kesihatan bertauliah akan disediakan ketika larian berlangsung tetapi peserta yang cedera teruk
akan dihantar ke mana-mana pusat kesihatan yang berhampiran.

 

6. Hak Sebagai Penganjur

•Penganjur berhak untuk menghadkan, menambah atau menolak penyertaan atas sebab-sebab yang
wajar.
•Penganjur berhak mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa sebarang
notis kepada peserta. Walau bagaimanapun penganjur akan mengambil langkah memaklumkan kepada
peserta. Sebarang maklumat terkini mengenai acara akan dimaklumkan melalui laman web

•Peserta perlu mematuhi laluan larian yang telah ditetapkan, arahan pegawai keselamatan, pegawai
pengurusan trafik, pengurusan acara dan mana-mana pegawai penguatkuasa. Peserta perlu mengambil
langkah berhati-hati sepanjang masa dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang aktiviti yang
mengancam keselamatan peserta.

•Penganjur berhak meminda laluan larian yang dianggap tidak selamat bagi peserta atau bagi tujuan
mengelak sebarang halangan atau kejadian ketika acara berlangsung pada bila-bila masa tanpa sebarang
notis pada peserta. Dalam hal demikian, peserta akan diberitahu mengenai sebarang perubahan sebelum
tarikh bermulanya acara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan di Laman Web rasmi acara. Peserta

bertanggungjawab mendapatkan maklumat mengenai sebarang perubahan. Penganjur tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ketidakselesaan yang timbul disebabkan perubahan
berkenaan.

• Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal oleh
pihak penganjur yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak
penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan. Lain-lain perkara yang telah diberikan
tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang
dilakukan berpadanan dengan kesilapan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.

•Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa-apa
sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain-lain kegunaan

•Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan,
kematian, kerosakan harta benda dan kehilangan harta benda sepanjang acara ini berlangsung

 

7. Cabutan Bertuah
•Cabutan bertuah akan diadakan setelah selesai acara larian.

 

8. Pengambilan kit Fun Run boleh dilakukan pada masa berikut :

TARIKH    : 5 Oktober 2019 (Sabtu).
MASA         : 4.00 – 7.00 petang
TEMPAT   : Dewan Feldajaya Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan.

There are no reviews yet.

Be the first to review “FIT SAWIT FUN RUN WILAYAH RAJA ALIAS 2019”